Apakah Lebihan?

Lebihan adalah jumlah bayaran yang dikenakan sekiranya kereta yang anda sewa mengalami kerosakan atau kecurian.

Jika anda memasukkan Penepian Kerosakan Perlanggaran, Penepian Kecurian dan Liabiliti Pihak Ketiga dalam tempahan anda, kemungkinan besar tetap akan ada lebihan. Dalam kes sebegini, lebihan ialah jumlah yang perlu anda tanggung sekiranya kereta sewa itu rosak atau dicuri semasa anda menyewanya.

Apabila anda pergi mengambil kereta sewa anda, syarikat sewaan kereta akan mengenakan pegangan dana bagi jumlah lebihan pada kad kredit pemandu utama sebagai deposit, sekiranya berlaku kerosakan. Pegangan ini akan dialihkan apabila kereta dipulangkan tanpa kerosakan baharu, tetapi proses untuk memasukkan jumlah itu ke dalam akaun anda mungkin akan mengambil masa beberapa hari.

Jika kereta sewa mengalami kerosakan atau kecurian sepanjang tempoh sewaan, jumlah yang diperlukan bagi menampung perbelanjaan ini akan diambil daripada nilai dana lebihan yang diambil ini. Jumlah ini tidak akan dipulangkan sekiranya anda memilih perlindungan insurans Terhad.

Di manakah saya boleh lihat jumlah lebihan saya?

Sila semak Terma dan Syarat sewaan khusus yang anda mahu, untuk menyemak jumlah lebihan bagi kereta yang ingin anda sewa.

Sekiranya anda telah membuat tempahan, lebihan anda dinyatakan dalam syarat-syarat sewaan dan pada baucar anda, kedua-duanya boleh diakses melalui bahagian Urus Tempahan di laman web kami.

Artikel Berkaitan