Soalan Lazim (FAQ) Insurans untuk penduduk AS dan MX

Warganegara AS- Adakah saya perlu sediakan bukti insurans untuk mengambil kereta saya?

Anda perlu menunjukkan bukti Pelepasan Kerosakan Perlanggaran daripada syarikat penyedia Insurans Pihak Ketiga (contohnya penyedia Kad Kredit, Syarikat Insurans Pihak Ketiga) semasa anda mengambil kenderaan bergantung kepada polisi syarikat penyedia. Sila rujuk syarat-syarat sewaan syarikat pembekal tentang hal ini semasa anda membuat tempahan, anda tidak akan dibenarkan mengambil kereta tanpa bukti perlindungan.

Warganegara AS - Apakah jenis insurans perlindungan asas dan yang termasuk di bawahnya?

Pilihan 1

Perlindungan kerosakan perlanggaran Allianz/Mondial sehingga $75K (Bayaran sehingga $75,000 dengan $0 pemotongan), sedia ada untuk anda sebagai tambahan semasa tempahan, sekiranya layak.

Pilihan 2

Kad kredit anda mungkin menyediakan insurans perlindungan sewaan kereta. Walau bagaimanapun, tidak semua kad kredit menyediakan perlindungan ini, jadi anda perlu membuat pengesahan dengan syarikat penyedia kad anda sama ada layak ataupun tidak untuk perlindungan ini. Sekiranya anda berkelayakan, ambil maklum tentang syarat yang perlu anda penuhi berkenaan perlindungan ini. Contohnya, anda mungkin perlu menyediakan surat daripada syarikat penyedia kad kredit yang mengesahkan perlindungan, kenderaan sewa anda perlu ditempah menggunakan kad kredit ini dan sebagainya.

Sila ambil maklum, anda perlu membayar deposit semasa menempah kereta sewa, berdasarkan terma dan syarat sewaan anda.

Pilihan 3

Anda mungkin boleh membeli Pengecualian Kerosakan Perlanggaran (Pengecualian kerugian kerosakan) atau insurans perlindungan di kaunter sewaan kereta semasa mengambil kenderaan. Ambil maklum yang produk ini ditawarkan secara langsung oleh syarikat penyedia. Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi terus pihak syarikat penyedia.

Sewaan MX - Adakah sebarang perkara yang perlu saya beri perhatian tentang insurans perlindungan asas sekiranya saya menyewa kenderaan di Mexico?

Sekiranya anda menyewa kenderaan di Mexico, insurans perlindungan asas tidak akan meliputi sebarang CDW (Insurans Pengecualian Kerosakan Perlanggaran). CDW biasanya dibeli oleh pelanggan di bawah Syarikat Kad Kredit yang tidak melindungi kerosakan atau kehilangan kenderaan (atau insurans yang dikaitkden dengan kad kredit).

Sila ambil maklum bahawa deposit yang perlu dibayar di kaunter adalah mandatori walaupun anda telah membeli insurans perlindungan. Sila rujuk kepada T&C berkenaan deposit bagi memastikan anda mempunyai dana yang sedia ada semasa pengambilan kereta.

Dokumen insurans yang diperlukan semasa pengambilan*:

1. Surat daripada syarikat penyedia/bank anda bagi mengesahkan bukti perlindungan yang telah ditandatangani dan dicap oleh syarikat penyedia/bank kad kredit bagi membuktikan yang ia adalah dokumen yang sah.

2. Surat ini perlu dialamatkan kepada syarikat penyedia dan bukan kepada rakan niaga (contohnya Hertz dan bukannya Volaris)

3. Surat ini perlu diletakkan tarikh sebelum tempoh sewaan bermula.

*Sila baca Terma dan Syarat bagi sewaan tertentu

Artikel Berkaitan