Mengapa saya perlu memasukkan maklumat penerbangan saya?

Jika anda mengambil kereta dari lokasi lapangan terbang, kami menyarankan anda agar memasukkan nombor ketibaan penerbangan semasa proses tempahan bersertakan butiran pemandu bagi membolehkan pembekal menjejak status penerbangan anda.

Sekiranya berlaku perubahan luar jangkaan pada waktu penerbangan anda, pembekal boleh menyimpan kereta sewa untuk anda di luar waktu pengambilan anda, selagi masih dalam waktu operasi pihak pembekal.

Jika anda sudah ada tempahan, anda boleh tambah atau kemas kini nombor penerbangan anda dalam bahagian Urus Tempahan di laman web kami dengan pergi ke bahagian 'Pergi ke' dan pilih Nombor Penerbangan serta menambah/mengemas kini butiran penerbangan.

Jika nombor penerbangan anda tidak ditambah dalam tempahan atau anda mengalami kelewatan semasa perjalanan, sila terus hubungi pembekal kereta sewa melalui nombor telefon kaunter pada baucar anda untuk menyemak sama ada pembekal boleh memenuhi keperluan anda.

Artikel Berkaitan