Bilakah saya perlu membayar untuk sewaan ini?

Kebanyakan tempahan kami berbentuk prabayar, maksudnya anda membayar kos sewaan semasa membuat tempahan. Bagi tempahan prabayar, ada masanya anda ada pilihan untuk membayar sedikit deposit yang tidak akan dipulangkan apabila membuat tempahan, dan baki bayaran perlu dibuat sebelum pengambilan kereta sewa. Anda boleh menyemak baki bayaran yang perlu dibuat untuk tempahan anda dalam Ringkasan Harga apabila anda log masuk ke halaman Urus Tempahan.

Di sesetengah lokasi, kami turut menawarkan tempahan yang sebahagian bayarannya dibuat kepada kami dan bakinya dibayar terus kepada pembekal di tempat pengambilan kereta sewa, manakala sesetengah lokasi pula menawarkan pembayaran penuh dibuat di tempat pengambilan kereta sewa.

Meskipun kos sewaan anda berbentuk prabayar, sesetengah caj boleh dibayar terus di kaunter semasa ketibaan. Namun, caj itu akan dimasukkan dalam jumlah kos sewaan anda. Caj ini mungkin termasuk yuran sehala, yuran pemandu muda atau pemandu warga emas atau cukai tempatan bagi sesetengah kes. Maklumat lanjut yang khusus tentang pembayaran tempahan anda boleh dibaca dalam Ringkasan Harga dan pada baucar anda.

Artikel Berkaitan